Lesson series

Asas Perkhidmatan Pelanggan (Baharu)

Status sesebuah perniagaan boleh ditentukan berdasarkan kekuatan hubungan dengan pelanggannya. Setiap perhubungan adalah berbeza. Oleh itu, bagaimanakah cara untuk anda menyediakan perkhidmatan pelanggan yang efektif? Apakah yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan daripada tahap hanya mencukupi kepada tahap yang lebih baik?

Melalui kursus ini, anda akan mempelajari bagaimana perkhidmatan pelanggan boleh memberi kesan kepada sesebuah perniagaan, cara untuk mencari keseimbangan antara aspek peribadi dan profesional, dan cara untuk memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan. Pada akhir kursus ini, anda akan dapat menguasai ilmu asas yang kukuh berkaitan perkhidmatan pelanggan dan sekaligus mempraktikkannya.

Tempoh Pembelajaran Aktif: 45 Min

Versi Bahasa Inggeris: Customer Service Fundamentals

Write your awesome label here.